Lelaki Pakai Baju Warna Ini Cepat Dapat Jodoh
Cinta

Lelaki Pakai Baju Warna Ini Cepat Dapat Jodoh

Jika anda lelaki bujang ‘trang tang tang’ dan ingin segera bertemu jodoh, info ini mungkin boleh membantu anda.

Ramai lelaki menganggap baju warna hitam buat diri nampak lebih kacak, menarik dan kurus. Namun anggapan anda itu salah sama sekali.

Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 2010 dan diterbitkan dalam Journal of Experimental Psychology, mendedahkan bahawa wanita lebih tertarik dengan lelaki yang memakai pakaian warna merah.

Kajian yang dijalankan oleh para penyelidik dari China, Jerman, Britain dan Amerika itu telah melakukan eksperimen terhadap 21 wanita yang diminta melihat gambar hitam dan putih seorang lelaki dengan latar belakang berwarna merah atau putih dan mengukur betapa menariknya lelaki itu.

Hasilnya, gambar lelaki dengan pakaian latar belakang merah dianggap lebih menarik di mata wanita. Mungkin kerana warna merah itu sendiri mampu menarik perhatian.

Merah telah merupakan simbol seksi dan berani. Dalam budaya masyarakat Cina, warna merah juga merupakan warna untuk nasib dan kemewahan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top