Luahan Cucu Almarhum Sultan Kedah Buat Netizen Sebak
Buletin

Luahan Cucu Almarhum Sultan Kedah Buat Netizen Sebak

Semalam Malaysia dikejutkan dengan berita kemangkatan Sultan Kedah Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Rakyat Malaysia sangat berdukacita di atas pemergian Tuanku yang pernah menjadi Agong sebanyak 2 kali.

Pagi ini, menerusi laman Instagram, cucu almarhum Tuanku memuat naik catatan tentang atuknya. Tercoret kisah di sebalik wajah yang sentiasa tersenyum tapi ramai yang tidak tahu siapa sebenarnya Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim.

Semua yang dilakukan demi rakyat yang tercinta

“Tanggungjawab” dan “rakyat”. Inilah dua perkataan yang Tok sering ucapkan semasa masih hidup. Bila difikirkan kembali, manakan tidaknya; inilah asas rutin hariannya bagi memenuhi tanggungjawab sbgi seorang Sultan. Bagi Tok, apa sahaja yg dilakukannya adalah demi rakyat yg tercinta.

Tok sentiasa cuba yang terbaik walaupun kurang sihat

Tok sentiasa mencuba yg terbaik utk memenuhi setiap jemputan acara yg diterima sebagai tanda penghargaan dan hormat; meskipun kadangkala Tok merasa lemah dan kurang sihat kerana Tok tidak mahu menghampakan mana-mana pihak. Sehinggakan kami sebagai ahli keluarganya merasakan perlu untuk menasihatinya supaya tidak memudaratkan diri terutama sekali semasa Tok memegang takhta sebagai Agong. Walaupun selepas cubaan untuk meyakinkannya yang pihak lain pasti akan memahami hadnya sebagai seseorang yang sudah dimakan usia, Tok masih tegas dengan pendiriannya “Tidak. Ini tanggungjawab Tok.” Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Seperti bapanya – Tok percaya bahawa menjadi seorang Sultan merupakan suatu amanah yang besar.

Sifat pemurahnya bukan hanya di media sahaja

Sifat pemurahnya tidak terhad kepada apa yang kita lihat di media; secara senyap-senyap, Tok juga telah menaja pendidikan beberapa orang pemuda sehingga ke peringkat universiti. Melihat rakyatnya berjaya membawa sejuta kegembiraan kepadanya. Kasihnya untuk Kedah boleh diibaratkan seperti kasih seorg bapa yg penuh dedikasi; baginya Kedah adalah seperti anak kecil yg perlu dilindungi dan ditatang sehingga dapat berdikari dan jalan dengan sendiri.

Sesuatu yang saya pelajari daripada Tok adalah untuk tidak membiarkan hidup dikawal oleh tohmahan dan hinaan daripada anasir luar. Jika kita hidup dengan berintegriti, kenapa perlu kita berasa gentar? Perasaan tersebut hanyalah untuk Allah SWT, dan Allah SWT sahaja. Al-Fatihah. 💔

Sumber: 1 & Instagram Raja Sarina

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top