Majikan Boleh Kena Tindakan Jika Stresskan Pekerja
Buletin

Majikan Boleh Kena Tindakan Jika Stresskan Pekerja

Berikutan beban kerja yang tinggi di masa kini, majikan yang memberikan tekanan kepada pekerjanya akan dikenakan tindakan undang-undang.

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib, pihaknya pihaknya tidak akan bertolak ansur, termasuk mengambil tindakan undang-undang ke atas majikan yang tidak menghargai pekerja mereka.

Memetik laporan Sinar Harian, tindakan akan diambil ke atas majikan yang tidak tahu langsung untuk berterima kasih dan majikan yang mendera pekerja.

“Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas majikan yang tidak tahu langsung untuk berterima kasih, apatah lagi mendera pekerja yang selama ini banyak berkhidmat dan memberikan sumbangan kepada majikan mereka,” katanya di Dewan Rakyat minggu lalu.

Menurutnya lagi, undang-undang tersebut antara langkah kementerian untuk majikan yang mendera pekerjanya.

Langkah itu juga merupakan tindakan drastik untuk mengelakkan terjadinya masalah mental dikalangan pekerja akibat daripada tekanan kerja.

Sumber: Sinar Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top