Melayu Singapura Lebih Suka Berkahwin Dengan Cina
Buletin

Melayu Singapura Lebih Suka Berkahwin Dengan Cina

Berdasarkan kaji selidik, orang Melayu dan India warga Singapura lebih suka berpasangan dengan orang Cina dan orang kulit putih, manakala rakyat Cina lebih selesa berpasangan dengan orang kulit putih berbanding Melayu dan India.

Memetik laporan akhbar Singapura, The Straits Times, kaji selidik oleh Institut Kajian Dasar-Channel News Asia (IPS) ke atas 2,020 rakyat Singapura yang dipilih secara rawak merentasi faktor geografi, kaum dan umur.

Orang Melayu, India lebih suka berpasangan dengan Cina

Dikalangan orang Melayu, 91.2% daripada mereka berusia 26 hingga 35 tahun lebih suka jika anak berpasangan dengan orang Cina, manakala 85.7% dengan orang kulit putih dan 81.3% dengan orang India.

Orang India juga sama seperti orang Melayu di mana 89.3% selesa jika anak berpasangan dengan orang Cina, manakala 87.5% dengan orang kulit putih dan 75.4% dengan orang Melayu.

Orang Cina lebih memilih orang berkulit putih sebagai pasangan

Berbeza pula dengan orang Cina, di mana orang berkulit putih menjadi pilihan pertama iaitu 74.5%, manakala 64.6% selesa jika anak berpasangan dengan orang Melayu, dan 56.5% dengan orang India.

Ini sekaligus meletakkan Cina dan orang berkulit putih pada kedudukan teratas dalam senarai pilihan responden untuk berpasangan dengan kaum lain.

SUMBER

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top