Minum Air Sejam Lepas Makan Rahsia Che Ta Langsing
Kecantikan

Minum Air Sejam Lepas Makan Rahsia Che Ta Langsing

Sebut je nama Che Ta kecantikan yang dimiliki olehnya tidak dapat ditandingi orang muda. Boleh dikatakan Che Ta ni masih nampak macam anak dara walaupun usianya menginjak 44 tahun.

Che Ta juga seorang yang cerewet dalam kecantikan. Tak pernah rasanya nampak Che Ta dalam keadaan tidak terurus. Sentiasa nampak cantik dan semuanya cukup sempurna.

Mesti ramai nak tahu cara Che Ta menjaga kecantikan dan kekal langsing walaupun sudah memiliki 3 cahaya mata.

Smile more than you cry, give more than you take and love more than you hate.”😘

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

1. Paling penting bersenam, berpeluh bagus untuk kulit

“I sangat sederhana. Tiga rutin asas cukup untuk kulit. Kalau nak tahu, I tak pernah buat facial. Cuma aplikasi masker seminggu sekali. Yang penting, bersenam. Selain bagus untuk kesihatan, berpeluh juga bagus untuk kulit. Ia melambatkan proses penuaan.

2. Minum air sejam lepas makan elak perut buncit

“Minum air hanya apabila sudah selesai makan. Hindari makanan berkolesterol tinggi. Macam I, memang wajib makan nasi. Kalau tak makan nasi rasa lemau aja. Tapi kawallah kadar pengambilannya.

3. Nak nampak muda kena sentiasa happy go lucky

“Secara jujurnya tiada apa-apa rahsia yang saya amalkan. Cuma saya selalu fikir muda dan gembira sentiasa, saya tidak pernah fikir saya sudah berusia 40 tahun dan saya tidak suka fikir masalah. Pendek kata, saya sentiasa ‘happy go lucky’.

4. Cuci muka dengan air sejuk setiap pagi

” Untuk kecantikan kulit, setiap waktu pagi, saya akan cuci muka terlebih dahulu dengan air sejuk dan ia memang saya amalkan semenjak remaja lagi.

Sumber: Intrend

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top