Muka Lumpuh Kerana Tidur Ketika Rambut Basah
Buletin

Muka Lumpuh Kerana Tidur Ketika Rambut Basah

Ramai wanita mengetahui tidur ketika rambut basah sebenarnya tidak elok. Tapi kadang-kadang pasti akan tertidur kerana terlalu letih dan tidak sempat untuk keringkan rambut.

Namun, selepas anda baca kisah kali ini, pasti anda akan hentikan tabiat tersebut. Siapa sangka tidak mengeringkan rambut, mampu beri kesan buruk pada kesihatan.

Baru-baru ini, seorang wanita berusia 32 tahun dari Wuhan, China mengalami lumpuh di muka disebabkan oleh rambut basah, memetik laporan China Times.

 

Wanita tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Xiong, wanita itu bekerja di pusat membeli-belah dan sering pulang lewat malam. Disebabkan itu dia sering tertidur sebelum rambutnya sempat kering.

Walau bagaimanapun, dia mendapat kejutan dalam hidupnya apabila dia bangun dari tidur dan mendapati sebelah kiri wajahnya tidak dapat bergerak.

Namun Xiong tidak merasakan sesuatu yang luar biasa sehinggalah dia memandang ke dalam cermin sambil memberus gigi dan mendapati mulutnya juga bengkok.

Woman Suffers from Facial Paralysis From Habitually Sleeping with Wet Hair - WORLD OF BUZZ 1

Xiong yang panik bergegas ke hospital dan pemeriksaan mendapati bahawa dia menghidap lumpuh saraf muka. Ia berkemungkinan disebabkan oleh tabiat tidur dengan rambut yang basah.

Doktor menjelaskan lumpuh itu mungkin disebabkan oleh perubahan suhu badannya dan rambut basah menyebabkan wajahnya mengalami kekejangan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top