Nak Wajah Angelina Jolie Tapi Macam Mayat Hidup
Buletin

Nak Wajah Angelina Jolie Tapi Macam Mayat Hidup

Minggu lalu, foto seorang wanita bernama Sahar Tabar dari Iran viral di media sosial. Menurut sumber, wanita itu sanggup menjalani lebih 50 pembedahan untuk miliki rupa paras seperti Angelina Jolie.

Memetik laporan media, wanita itu begitu obeses dengan bintang popular itu dan sanggup lakukan apa saja untuk memilik wajah cantik seperti idolanya.

Antara tranformasi yang dilakukan ialah membesarkan bahagian bibirnya dan membentuk tulang pipi yang hampir kelihatan sama dengan pipi pelakon yang berusia 42 tahun itu.

Namun, setelah menjalani lebih dari 50 pembedahan, wajahnya kini tidak ubah seperti mayat hidup.

Ada juga yang menghentam tindakan wanita itu dengan menyatakan wajah asalnya sudah cukup cantik tapi masih tidak bersyukur dengan kurniaan Tuhan.

Bagaimanapun, ada juga mengatakan bahawa Sahar tidak menjalani pembedahan plastik. Dia hanya mengubah wajahnya dengan menggunakan teknik suntingan gambar.

SUMBER

1 Comment

1 Comment

  1. Belang Tarung

    December 8, 2017 at 10:54 am

    yang asal pun dah sama sebenarnya..mungkin galakan pelik dari orang sekelilingya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top