Nampak Berani, Rupanya Song Ji Hyo Takut Serangga
Buletin

Nampak Berani, Rupanya Song Ji Hyo Takut Serangga

Dalam ramai-ramai ahli Running Man, Song Jo Hyo antara yang paling digeruni kerana sikapnya yang tak nak kalah. Disebabkan itu dia digelar “Ace” Song Ji Hyo.

Tapi ramai tak tahu, disebalik sifat kasarnya itu, ada perkara yang paling ditakuti olehnya. Rupanya Song Ji Hyo takut dengan serangga.

Baru-baru ini, seorang peminat bertanyakan punca Ji Hyo takut dengan serangga.

Song Ji Hyo ketawa ketika menjelaskan kisah tersebut. Ketika dia masih kecil, rumah neneknya dulu mempunyai bilik mandi lama. “Saya masih ingat lagi tiba-tiba ada 2 ekor serangga meluru ke arah saya,” katanya.

“Saya terus rasa trauma selepas kejadian tersebut. Saya tak mungkin akan berkawan baik dengan serangga.”

Sumber: Soompi

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top