Penjawat Awam Selangor Dapat Bonus Raya Dua Bulan Gaji
Aidilfitri 2017

Penjawat Awam Selangor Dapat Bonus Raya Dua Bulan Gaji

Selangor mengumumkan pemberian bantuan khas Aidilfitri paling tinggi tahun ini dengan jumlah dua bulan gaji.

Diumumkan menteri besar, pembayaran itu yang dibuat serentak pada 21 Jun ini akan memberi manfaat kepada 17,703 penjawat awam, lapor Kosmo!.

“Pembayaran keseluruhan bantuan khas Aidilfitri ini melibatkan peruntukan kira-kira RM63.3 juta,” kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di sini.

Tahun lalu, Selangor meluluskan bantuan khas kewangan satu setengah bulan gaji.

Minggu lepas, kerajaan Johor mengumumkan bantuan khas kewangan RM1,000 kepada lebih 19,000 penjawat awam demi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya.

Pulau Pinang pula mengumumkan bantuan sebanyak 0.75 bulan gaji atau minimum RM1,000 untuk 3,741 penjawat awam di negeri itu.

Sebanyak 0.5 bulan gaji diberikan kepada kakitangan yang tiada masalah disiplin. Sementara 0.25 lagi kepada mereka yang berprestasi.

Beberapa negeri seperti Kelantan dan Perak mengumumkan pemberian bonus RM500, jumlah yang sama diumumkan kerajaan persekutuan.

SUMBER

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top