Penumpang Gemuk Perlu Bayar Mahal Untuk Tiket Pesawat
Buletin

Penumpang Gemuk Perlu Bayar Mahal Untuk Tiket Pesawat

Buat mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes, di masa akan datang mereka bukan saja perlu bimbangkan masalah kesihatan, malah mereka mungkin akan mengalami masalah kewangan.

Kajian yang dijalankan di UK, 91 peratus penumpang bersetuju jika penumpang obes harus bayar lebih mahal untuk tiket pesawat.

Memetik laporan Telegraph, kajian yang dilakukan oleh Jetcost yang melibatkan 2,494 responden mendedahkan, pengguna yang berbadan besar perlu membayar lebih untuk tempat duduk mereka.

Negara Jerman berpendapat tempat duduk yang lebih besar ini tidak wajar ditawarkan langsung dalam pesawat.

Isu tersebut menjadi perbincangan hangat sejak kebelakangan ini dan yang menjadi fokus utama ialah muatan lebih menyebabkan lebih bahan bakar diperlukan.

Memetik The Economist, pengurangan 1 kg dalam pesawat mampu menjimatkan bahan bakar bernilai USD3,000 (RM12,193)

Ada juga berpendapat jika penumpang lain boleh membayar lebih untuk beg lebih muatan, mengapa tidak kepada penumpang gemuk.

Sumber: Cari Forum

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top