Penyanyi Linkin Park Ditemui Mati Bunuh Diri
Entertainment

Penyanyi Linkin Park Ditemui Mati Bunuh Diri

Chester Bennington, penyanyi utama kumpulan hard rock Linkin Park telah ditemui mati hari ini dirumahnya di Los Angeles.

Brian Elias, ketua operasi Los Angeles County mengesahkan kematian bintang berusia 41 tahun itu dan menyatakan mereka masih menyiasat punca kematian namun mempercayai yang beliau membunuh diri.

Tubuh Chester Bennington ditemui tergantung di rumah beliau di Palos Verdes Estates, Los Angeles.

Penyanyi itu telah setia bersama Linkin Park sehingga tujuh buah album dan yang terbaru berjudul One More Light yang dikeluarkan pada Mei 2017 lalu dan berjaya menduduki takhta nombor satu carta Billboard.

Mike Shinoda yang merupakan salah seorang rakan dalam Linkin Park meluahkan rasa terkejut dengan berita ini dan memaklumkan Linkin Park akan mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top