Pesawat Mendarat Cemas, Isteri Amuk Suami Curang
Buletin

Pesawat Mendarat Cemas, Isteri Amuk Suami Curang

Sebuah pesawat Qatar Airways terpaksa melakukan pendaratan cemas di Chennai, selatan India apabila seorang penumpang wanita membuat kecoh dan bertindak agresif selepas mendapat tahu suaminya curang.

Memetik laporan New York Post, penumpang itu dikatakan gagal mengawal diri apabila mendapat tahu suaminya bermain kayu tiga dan mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

Lapor portal antarabangsa New York Post, penumpang itu gagal mengawal diri apabila mendapat tahu suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

Pesawat yang dinaiki pasangan itu bersama seorang anak dikatakan dalam perjalanan dari Doha, Qatar menuju ke Bali, Indonesia.

Menurut sumber, tembelang lelaki itu pecah apabila wanita itu mengambil kesempatan untuk membuka sistem pengecaman jari telefon bimbit suaminya ketika lelaki itu sedang tidur.

“Wanita itu terkejut lalu bertindak luar kawalan selepas mengetahui elaki itu terbukti mempunyai hubungan dengan wanita lain.

“Tindakan isterinya terlalu agresif sehingga memaksa pesawat melakukan pendaratan kecemasan,” kata laporan portal itu.

Difahamkan, pesawat itu terpaksa mendarat di selatan India, Chennai untuk menurunkan pasangan itu sebelum meneruskan kembali perjalanan ke destinasi.

SUMBER

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top