Rakyat Malaysia Bazir 152 Jam Setahun Cari Parkir
Buletin

Rakyat Malaysia Bazir 152 Jam Setahun Cari Parkir

Dalam kajian terbaru oleh Ubar, pemandu Malaysia menghabiskan 152 jam setahun untuk mencari tempat letak kereta.

Bukan itu saja, kajian juga mendedahkan kesesakan dan masalah tempat letak kereta telah menjejaskan orang ramai kerana ada yang terpaksa membelanjakan hampir RM16,000 setahun ke atas kos meletak kereta dan trafik.

Secara purata, pemandu di Kuala Lumpur menghabiskan masa selama 20 hari setahun untuk mencari ruang letak kereta termasuk masa terbuang dalam kesesakan trafik.

Sebanyak 74 peratus pengguna kenderaan turut merekodkan kelewatan dalam temu janji atau acara penting.

Menurut kajian lagi, sebanyak 9 banggunan KLCC diperlukan untuk menampung 5.8 juta kereta di ibu negara.

Kajian oleh BCG itu juga mendedahkan bahawa KL hanya memerlukan 60 peratus daripada jumlah kereta di atas jalan. Baki kelegaan ruang itu adalah bersamaan dengan 140 taman tasik.

Sumber: The Malay Mail Online

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top