Rakyat Malaysia Dilarang Berkahwin Di Makkah
Buletin

Rakyat Malaysia Dilarang Berkahwin Di Makkah

Perkahwinan rakyat Malaysia di Arab Saudi adalah dilarang kerana ia melanggar undang-undang negara tersebut, kata Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Memetik laporan Bernama, perkahwinan di Arab Saudi akan menimbulkan masalah ketika mereka mahu mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia kerana perkahwinan mereka tidak mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Arab Saudi.

Perkahwinan hanya dibenarkan kepada individu bukan rakyat Arab Saudi yang menetap di sana yang memiliki kad Iqama.

Perkahwinan di Arab Saudi kini menjadi trend dalam kalangan rakyat Malaysia.

Beliau berkata kementeriannya akan memberi kesedaran kepada jemaah umrah dan haji serta rakyat Malaysia lain untuk tidak melaksanakan upacara akad nikah di Makkah.

“Selepas ini pihak kementerian akan mengambil tanggungjawab untuk membendung trend ini dengan memaklumkan mengenai larangan tersebut kepada jemaah atau rakyat Malaysia yang berniat untuk menikah di sana,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top