Raya Sakan Sampai Sanggup Beli Samping Berharga RM30,000
Aidilfitri 2017

Raya Sakan Sampai Sanggup Beli Samping Berharga RM30,000

Jika wanita sanggup berhabis duit untuk memiliki koleksi tudung eksklusif yang mencecah harga RM21,600 sehelai, kaum lelaki pula tidak ketinggalan berbelanja untuk aksesori pakaian berkualiti tinggi misalnya samping.

Tinjauan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur mendapati samping berharga ribuan ringgit masih mendapat sambutan daripada pembeli.

Menurut pereka fesyen Bak Tailor, Zamzam Mohd. Salim, 51, samping yang diperbuat daripada kain songket berharga RM30,000 pernah dijual di kedainya tahun lalu kepada ahli perniagaan dari Sabah dan Sarawak.

Kebanyakan mereka yang membeli samping songket Terengganu itu terdiri daripada golongan kerabat diraja, menteri dan ahli perniagaan.

Tahun ini pula samping paling mahal yang telah terjual ialah songket Terengganu berharga RM15,000 kepada seorang pembeli dari Brunei.

Sumber: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top