Rosma Dedah Rahsia Berat Badan Turun 10 Kilogram
Diet

Rosma Dedah Rahsia Berat Badan Turun 10 Kilogram

Siapa pengikut setia Akademi Fantasia musim pertama, mesti kenal sangat dengan penyanyi berbakat, Rosma. Kalau dulu susuk tubuh Rosma boleh dikatakan agak montok, namun kini tidak lagi.

Kalau tengok Instagram Rosma memang cemburu melihat foto terkininya yang bertubuh langsing. Sebelum ini berat badannya 57 kilogram, kini 47 kilogram. Turun 10 kilogram. Mesti ramai nak tahu rahsia Rosma cepat langsing.

1. Amalkan produk pelangsingan ekstrak buah-buahan

“Saya mencari formula terbaik untuk produk pelangsingan badan menerusi ekstrak buah-buahan. Sebelum dijual kepada pelanggan, Rosma sendiri mencubanya. Alhamdulillah, dengan mengambilnya sehari sekali, penurunan menjadi lebih laju walaupun Rosma masih makan seperti biasa dan tidak bersenam.”

2. Tapi makan tetap kena jaga

“Okey, tidak menjaga makan bukan bermaksud makan ikut suka hati dan nafsu. Rosma masih ambil nasi. oh, rosma tidak boleh tidak makan nasi, menggigil badan. Pagi, rosma buat jus campuran buah naga, mangga, betik, kiwi dan kurma. Tengah hari, Rosma ambil nasi bersama lauk seperti biasa.”

3. Makan malam sebelum jam 7

“Petang, Rosma wajib minum teh tarik, addicted! Malam Rosma makan sup atau telur rebus dua biji bersama yogurt. rosma pastikan makan malam diambil sebelum jam tujuh. Setelah mencapai berat badan sekarang ini, rosma tidak lagi mengambil Magic Slims secara harian. Cukup tiga hari sekali.”

?#KhaiRosma #SayangRaya #MagicSlims #MSbyKR #MSbyKhaiRosma #SalamAidilFitri #MaafZahirBatin #SelamatHariRaya

A post shared by KHAI & ROSMA (@khai_rosma) on

4. Jangan amalkan diet tanpa ilmu

“Mahu berdiet pun perlu ada ilmu. Mengurangkan porsi makanan bukan cara bijak. Jika mahu makan bersukat, jangan dilakukan secara drastik. Badan kita tidak mampu menerima perubahan mendadak. Kurangkan pengambilan makanan secara perlahan-lahan sehingga perut kita selesa dengan kadar itu.”

Sumber: Intrend

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top