RTM Hentikan Serta Merta Mainkan Lagu Despacito
Buletin

RTM Hentikan Serta Merta Mainkan Lagu Despacito

Sebelum ini ada pihak menyuarakan rasa kurang senang dengan lagu popular Despacito kerana liriknya mengandungi unsur lucah.

Semalam, Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberhentikan serta-merta siaran lagu Despacito, di semua stesen radio dan saluran televisyen miliknya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, lagu itu dinilai semula oleh panel penilai RTM susulan aduan awam dan mengambil keputusan untuk menarik balik kelulusan.

“Sehubungan dengan itu, RTM memberhentikan siaran lagu tersebut di semua stesen radio dan TV RTM berkuat kuasa serta-merta ,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Rumah Terbuka Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini.

Sebelum ini terdapat pihak yang meminta agar penyiaran lagu itu dihentikan kerana liriknya berunsur lucah.

Sumber: BERNAMA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top