Ryan Reynolds Jadi Pikachu Dalam Filem Terbaru
Buletin

Ryan Reynolds Jadi Pikachu Dalam Filem Terbaru

Pelakon popular, Ryan Reynolds yang terkenal dengan watak Deadpool dalam Marvel Universe kini bakal memainkan watak penting dalam filem ‘live-action’ Pokemon.
Menariknya aktor berusia 41 tahun itu bakal memainkan watak sebagai Pikachu, makhluk kuning ikonik dalam kartun terbabit.
The Hollywood Reporter mengumumkan penggambaran filem ‘Detective Pikachu’ arahan Rob Letterman itu akan bermula pertengahan Januari depan di sekitar kota London.
Ryan Reynolds Pikachu
Bagi yang tidak mengikuti Pokemon, watak Pikachu dalam ‘Detective Pikahu’ adalah berbeza daripada wataknya dalam Pokemon ekoran makhluk comel pujaan ramai itu mampu bertutur sepenuhnya – umpama Sherlock Holmes versi Pikachu.
Sepertimana Andy Serkis memainkan wataka Gollum dalam filem Lord of The Rings, begitulah Reynolds bakal menghidupkan watak Pikachu.
Pernah bayangkan apa yang berlaku apabila Pikachu bergabung dengan Deadpool?
Sumber: Hype.my
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top