"Saya Isteri Mithali, Bukan Queen Control"
Buletin

“Saya Isteri Mithali, Bukan Queen Control”

Umum mengetahui Datuk Seri Vida pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan perkahwinan tersebut berakhir dengan perceraian.

Berikutan itu, ada pihak mendakwa ianya berpunca daripada sikap Datuk Vida yang dikatakan seorang ‘Queen Control’.

Namun, dalam temubual baru-baru ini, Datuk Vida menjawab persoalan tersebut.

“Saya seorang isteri mithali, tak kontrol. Tak kontrol pun masalah juga. Apa pun Tuhan permudahkan urusan saya dan perceraian itu untuk tiga kali adalah yang terbaik untuk saya,”ujarnya kepada Mstar Online.

Apabila ditanya tentang keinginan untuk berkahwin lagi, Datuk Vida secara jujurnya ingin berkahwin lagi.

“Naluri perempuan. Lelaki idaman saya mestilah bermata kelabu,”ujarnya dengan nada bergurau.

“Insyaallah yang itu saya serahkan kepada Maha Kuasa. Pertemuan jodoh tu mungkin datang bila-bila. Kalau nak kahwin mestilah Wedding of The Year.”

Sumber: Mstar Online

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top