Seluar Paha Ayam Goreng Jadi Trend Di Jepun
Fesyen

Seluar Paha Ayam Goreng Jadi Trend Di Jepun

Selalunya bila sebut je paha ayam goreng memang terliur je rasa. Siapa yang tak sukakan paha ayam. Tapi berbeza di Jepun, paha ayam goreng ini tak boleh dimakan.

Fesyen seluar ‘paha ayam goreng’ kini menjadi trend di media sosial selepas ia dikongsi oleh seorang pengguna twitter. Seluar tersebut dijual di Jepun oleh kedai e-dagang Rakuten pada harga RM347.

Jualan seluar ayam goreng tersebut memang mendapat sambutan hangat macam ‘goreng pisang panas’.

Apa yang menariknya tentang seluar paha ayam goreng ini?? Selain ianya nampak lazat, kainnya tidak mudah kedut dan selesa dipakai. Ia juga panjang hingga ke paras buku lali.

Seorang pengguna twitter, k-kazu-magi memuat naik gambar seluar tersebut. Tanpa disangka, entri itu memperolehi lebih 60,000 `liked’.

“Apa yang saya fikirkan ketika melihat seluar ini… ialah KFC,’’ demikian kapsyen oleh k_kazu_magi.

Rata-rata nitizen memberikan komen bahawa mereka tidak dapat menahan ketawa melihat seluar seperti ayam goreng itu.

SUMBER

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top