Suami Dipenjara Sebulan Kerana Tampar Isteri
Buletin

Suami Dipenjara Sebulan Kerana Tampar Isteri

Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, selepas mengaku bersalah menampar pipi serta memulas tangan isterinya hanya kerana perselisihan faham mengenai hak penjagaan anak.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhkan hukuman itu terhadap Saiful Putra Nurham, 35, atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya Nor Zura Mohamed Zaki, 35, seorang jururawat.

Bapa kepada lima anak itu didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Masjid India, Jalan Masjid India, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini pada 9.30 malam, 26 Ogos lepas.

Mahkamah memerintahkan Saiful yang bekerja sebagai pemandu itu menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap 28 Ogos 2017.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian mangsa bersama tiga anaknya berusia sembilan, enam dan lima tahun berjumpa tertuduh di lokasi kejadian untuk berbincang berhubung hak penjagaan anak sebelum berlaku perselisihan faham.

Siasatan mendapati pasangan itu sedang menjalani proses penceraian.

SUMBER

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top