Suami Kongsi Tips Berkesan Tangani Isteri Suka Bebel
Cinta

Suami Kongsi Tips Berkesan Tangani Isteri Suka Bebel

Kahwin ni tak sama dengan masa bercinta. Kalau masa bercinta dulu kentut pun wangi. Tapi bila dah kawin semuanya nampak pahit je. Kalau si isteri pula asyik nak membebel je.

Biasa la tu adat dalam rumah tangga. Tapi jika nak hubungan suami isteri berkekalan dan bahagia kena la bertolak ansur.

Baru-baru ini, seorang suami yang juga merupakan seorang doktor, kongsikan caranya untuk menangani isterinya yang suka sangat membebel. Apa yang pasti, tips yang dikongsikan menarik perhatian netizen dan mendapat ribuan perkongsian.

Tips 1, matikan segala bunyian & radio bila isteri masuk kereta

Menurut lelaki tersebut yang dikenali sebagai Taufiq Razif, dia sudah masak dengan tindak tanduk isterinya yang akan mula bercerita sebaik saja masuk kereta.

Tips 2, cuma diam, senyum & angguk saja

Menurutnya, dia bahagia mendengar bebelan isterinya itu dan ia sebenarnya terapi jiwa untuk seorang wanita.

Tips 3, lelaki kena ingat, wanita tak sama macam lelaki, mereka istimewa

Lelaki lebih suka berehat berdiam diri. Wanita pula lain. Mereka berehat dengan berkongsi dan meluahkan beban kepada orang yang dia percaya. Hanya dengan mendengar kita akan mendapat kebahagiaan.

Sumber: Oh Bulan, Taufiq Razif

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top