Suami Suka Buat Kerja Rumah, Isteri Minta Cerai
Buletin

Suami Suka Buat Kerja Rumah, Isteri Minta Cerai

Seorang wanita Arab Saudi minta diceraikan selepas dua minggu berkahwin dengan alasan suaminya suka mengemas dan membuat kerja rumah seperti seorang wanita.

Memetik laporan CCN Arab Saudi,wanita yang dikenali sebagai Maha meminta agar suaminya, Mohammad menceraikannya. Wanita itu mengaku dia tidak tahan lagi untuk tinggal bersama suaminya yang seperti seorang suri rumah tangga.

Maha membawa kes tersebut ke mahkamah selepas dua minggu berkahwin. Pasangan itu berkenalan selama 2 tahun sebelum memutuskan untuk berkahwin.

Menurut wanita itu lagi, semua kerja rumah yang sepatutnya menjadi tugas seorang isteri dilakukan oleh suaminya. Suaminya juga menguruhnya untuk duduk diam sahaja. Semua kerja rumah, memasak dan mencuci dilakukan oleh suaminya.

Tambahnya lagi, suaminya mempunyai perniagaan sendiri, tapi dia memilih untuk mengupah orang lain untuk menjalankan perniagaannya agar dia boleh duduk di rumah selepas berkahwin.

Lebih mengejutkan, sewaktu bujang, suaminya itu tidak pernah membuat kerja rumah semasa tinggal bersama ibu bapanya.

Sumber: WowMenariknya

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top