"Tak Pernah Pakai Pencuci Muka Sepanjang 28 Tahun"
Selebriti

“Tak Pernah Pakai Pencuci Muka Sepanjang 28 Tahun”

Selebriti popular ni selalunya mesti guna produk penjagaan kulit yang mahal-mahal. Sebab tu kulit mereka ni cantik je. Tapi berbeza dengan pelakon, Sharifah Sakinah yang tidak pernah gunakan produk penjagaan wajah.

Lebih mengejutkan, sepanjang 28 tahun hidupnya, dia tidak pernah menggunakan sebarang pencuci muka, penyegar dan pelembab muka yang sentiasa menjadi kegilaan wanita.

Bagi Sharifah Sakinah, dia lebih mementingkan kesihatan dari kecantikan. Bila sihat dalaman, cantik juga sisi luaran seseorang.

Sentiasa berpeluh rahsia kulit sihat & cantik

“Bila saya berpeluh, saya rasa sihat dan cantik. Saya juga tidak percaya produk penjagaan wajah yang mempunyai kandungan bahan kimia yang tinggi.”

Berlari 30 minit & minum banyak air putih

Tell me what you eat, and i will tell you who you are #baliveganFest @baliveganfestival

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

“Setiap hari saya akan pastikan diri saya berpeluh. 30 minit berlari di atas treadmill ataupun jogging di taman, minum air putih yang banyak, itulah rutin penjagaan kecantikan bagi diri saya.

Sebelum ini, Sakinah pernah menghadapi masalah jerawat teruk tahun lalu. Namun, kini sudah beransur pulih. Tambahnya lagi, dia tidak percayakan sebarang produk yang mengubah wajah dan membuatkan wajah jadi putih.

Sumber: Rojak Daily

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top