Tunku Aminah Pilih Baju Kurung Teluk Belanga Pada Istiadat Perkahwinan Diraja
Buletin

Tunku Aminah Pilih Baju Kurung Teluk Belanga Pada Istiadat Perkahwinan Diraja

Rata-rata rakyat Malaysia teruja dengan berita perkahwinan puteri tunggal Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Tuanku Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah pada 14 Ogos ini.

Istiadat pertunangan Tunku Tun Aminah Maimunah dan pasangannya, Dennis Muhammad Abdullah akan berlangsung di Istana Bukit Serene di sebelah pagi, diikuti dengan Istiadat Akad Nikah.

Manakala pada sebelah malam, pengantin Diraja itu akan diraikan dalam Istiadat Persandingan di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor Bahru.

Kesemua istiadat itu akan dijalankan penuh adat istiadat dan budaya Diraja Johor, di mana pengantin perempuan akan mengenakan Baju Kurung Teluk Belanga, manakala pengantin lelaki mengenakan Baju Melayu Teluk Belanga.

“Tuanku Sultan pernah menunjukkan gambar perkahwinan ayahandanya (Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail) dan bondanya (Enche’ Besar Kalsom Abdullah) yang diadakan dengan penuh adat istiadat dan tradisi Johor.

“Baginda meminta saya mencontohinya bagi mengekalkan budaya dan tradisi Johor. Jika tidak, baginda khuatir keunikan kami sebagai orang Johor akan hilang dan dilupakan buat selama-lamanya,” kata Tunku Tun Aminah dalam temubual eksklusif bersama Royal Press Office.

“Memandangkan ini yang ayahanda dan bonda mahukan, saya tidak mempunyai masalah mengenakan busana tradisional Johor tulen untuk majlis perkahwinan itu nanti,” kata Tunku Tun Aminah.

Sumber: Malaysian Digest

1 Comment

1 Comment

  1. ILINA HF

    August 16, 2017 at 10:42 am

    Respect!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top