"Tiada Istilah Tumpang Kasih Bila Nikah Lelaki Orang"
Buletin

“Tiada Istilah Tumpang Kasih Bila Nikah Lelaki Orang”

Tiada wanita pun yang dapat menerima jika suami berkahwin lain dan perlu bermadu lebih-lebih lagi di luar pengetahuannya.

Baru-baru ini, kisah pelakon Izreen Azminda yang mengahwini suami orang menjadi bualan hangat di media sosial.

Lebih mengeruhkan lagi keadaan apabila Izreen mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak merampas suami orang dia hanya ingin menumpang kasih sahaja.

Namun, perkongsian oleh seorang lelaki ini mampu membuka mata wanita yang mungkin berniat untuk merampas suami orang kononnya untuk menumpang kasih.

 

Sifir ringkas wanita yang nak menumpang kasih suami orang

Ya Jodoh itu ketentuan Allah. Sebab itu tak pelik kadang kadang ada lelaki yang hodoh dapat bini lawa nak mampos. Ada juga lelaki kawin dengan bos. Tapi ketentuan Jodoh paling popular ialah perempuan kahwin suami orang!

Kepada perempuan, sebelum terima suami orang jadi suami kau dan kau merelakan diri utk menjadi madu:

1. Periksa dulu suami orang tu mampu ke nak tanggung lagi satu keluarga?

Tanya atau cek betul betul income dia. Silap-silap selama dia bawak kau keluar atau belikan hadiah mahal-mahal kat kau, dia pakai duit bini dia. Kah !

2. Buat sikit background check kat bini dia a.k.a bakal madu kau tu!

Bukan apa, mana tau bini dia tu cantek. Lepas tu kau percaya lah laki tu cakap kau cantik. Tak lama lepas kawen ngan kau, dia jumpa perempuan lain yang lagi cantik dari kau..kau pun terima nasib yang sama. Padan muka! Its karma bitch!

3. “Bini I tak boleh pregnant. I nak anak, zuriat keturunan I sebab tu lah i nak kawin lagi”

Ini antara alasan paling popular lelaki nak kawen lagi. Kalau laki tu cakap macam tu kat kau, suruh dia tunjuk laporan medical check up yang membuktikan ‘pisang dia masih boleh berbuah’..

Lelaki ni ego. Dia yang mandul, tuduh isteri pulak yang tak subur. Suruh pergi cek pakar, dia cakap “dia tau lah, bukan dia yang mandul sebab keturunan dia tak pernah mandul, semua dapat anak!”
Eh pergi jahanam dengan keturunan kau!

4. Berfikir guna otak! umur lelaki yang kau nak kawin tu dah 55 tahun, bini 1st dah 50 tahun. Kau pulak baru 27 tahun

Lepas kahwin setahun, kau pregnant. Tak sempat kau beranak, laki kau mati. Anak kau lahir jadi anak yatim. Kau ingat masa sebelum kau kawen, Lelaki kau tu kaya, tapi sebenarnya Lelaki kau tak ada apa apa harta. Kau tinggal lah sebatang kara!

Dah kena jaga baby sorang sorang. Menangis pun tak guna sebab ada otak kau letak entah kat mana. Bongok!

5. “Wife I sekarang dah lain U..Dulu masa mula mula kahwin, hari hari cantik. Sekarang, huduh 24 jam.

Pakai lipstik pun tak mau! Tak macam U, pandai bergaya, cantik, pandai berdikari!”
Kalau kau percaya cakap lelaki ni kau bodohlah kak! Tak yah aku explain panjang panjang!

6. Khusus untuk retis. Kau ingat kalau kau bukan retis, laki tu nak kat kau? Kah kah kah! Shame on U!

Susah payah kau bina nama, buat reputasi dalam bidang seni, last last kau rosakkan nama baik kau sebab kawen dengan laki orang! Buat malu Zed Zaidi ja sebagai presiden Seniman! Eh.

7. Kenapa pilih lelaki yang tak pernah puas dengan apa yang dia ada?

Dia dah ada bini, dah ada anak.dah lama bina keluarga. Tapi kenapa masih nak kat kau?
Kau pernah fikir perkara tu tak sebelum terima dia? Kau tahu, tapi kau penting kan diri. Kau hanya fikir bahagia kau saja! Kau selfpig (selfish+pig) kan sebenarnya!

8. ” I nak kawin lagi satu sebab nak ikut sunnah Nabi. Kan elok tu! Awak pun nanti dapat Payung Emas kat syurga! Awak tak nak ke?”

Kata si lelaki kepada bini pertama bila kantoi kawen lain. Eh, Time nak kawen lebih dari 1 ikut sunnah Nabi. Padahal, Time dating sebelum kahwin dengan perempuan tu siap bawak pergi bercuti tidur satu bantal, kongsi satu baju. Tak cukup dia tunggang bini muda, Agama pun dia nak tunggang jugak!Jahanam!

Kesimpulan: sebenarnya tiada istilah menumpang kasih bila kau kawen dengan laki orang kak!
Tanyalah setiap isteri pertama, tak pernah mahunya dia nak bermadu!

P/s: Gambar sekadar hiasan.

Sumber: Facebook Wan Utama

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top