Trend Gigi Taring Jadi Kegilaan Gadis Di Jepun
Buletin

Trend Gigi Taring Jadi Kegilaan Gadis Di Jepun

Sekarang ni ramai gadis-gadis sanggup berhabis duit memakai pendakap gigi untuk mendapatkan gigi yang rata dan cantik.

Namun di Jepun lain pula ceritanya. Gadis-gadis di sana sanggup mendapatkan rawatan untuk memasang gigi taring. Lebih mengejutkan kos untuk memasang boleh dikatakan agak mahal.

Kos yang dikenakan untuk sepasang gigi taring kira-kira &390 (RM1,670).

Namun, terdapat juga gigi taring palsu yang boleh dibeli kedai kosmetik namun ianya tidak bertahan lama.

Bagi gadis Jepun, memiliki gigi taring adalah satu kelebihan. Ramai yang beranggapan gigi taring membuatkan senyuman lebih menawan dan nampak lebih cantik. Selain itu, mereka yang memiliki gigi taring juga kelihatan lebih muda dan comel.

Gigi taring terbentuk disebabkan oleh pertumbuhan gigi terganggu atau rahang mulut yang terlalu kecil sehingga tidak memberikan ruang cukup bagi pertumbuhan gigi.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: Kecomelan Orang Memiliki Gigi Taring Jadi Tarikan Di Jepun – Informasi Terkini Media Massa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top