Wajah Elfira Loy Mirip Pelakon Popular Filipina
Buletin

Wajah Elfira Loy Mirip Pelakon Popular Filipina

Sebelum ini, wajah pelakon Shukri Yahaya dikatakan mirip aktor popular Filipina iaitu Jericho Rosales, giliran Elfira Loy pula menemui kembarnya.

Ramai netizen berpendapat wajah Elfira mirip dengan wajah pelakon remaja popular dari Filipina iaitu, Andrea Brillantes.

Ramai yang bersetuju bahawa persamaan antara dua selebriti ini adalah kerana keunikan kening tebal yang dimiliki mereka.

Raut wajah mereka juga tidak jauh beza. Bezanya, Andrea kelihatan jauh lebih muda memandangkan usianya baru 14 tahun.

Bagi yang mengikuti drama Filipina berjudul Pangako Sa’yo pada tahun 2015, mungkin kenal dengan Andrea yang membawakan watak Lia Buenavista.

Apa yang pasti, kedua-dua pelakon ini sememangnya cantik dan miliki ramai pengikut di Instagram.

Sumber

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top