Wajah Mirip Gong Yoo, Pekerja Restoran Jadi Kegilaan Gadis
Buletin

Wajah Mirip Gong Yoo, Pekerja Restoran Jadi Kegilaan Gadis

Seorang lelaki yang merupakan pekerja KFC menjadi perhatian dan telah dipilih menjadi model apabila wajahnya dikatakan mirip pelakon drama bersiri Goblin iaitu Gong Yoo.

Lelaki yang dikatakan berasal dari Filipina itu mula diperkatakan oleh orang ramai apabila fotonya yang sedang melayan pelanggan tersebar di media sosial.

Disebabkan populariti yang diraih oleh lelaki itu, pihak KFC Filipina telah melantiknya menjadi model dan melancarkan sebuah kempen ‘Goblin’s Wife Lookalike’ untuk mencari wanita yang mempunyai wajah mirip seperti Kim Go Eun.

Rata-rata peminat drama Korea teruja untuk bertemu dengannya di restoran tersebut.

“Sekarang ini saya tidak perlu lagi ke Korea Selatan untuk bertemu dengan Gong Yoo memandangkan saya dapat berjumpa dengan dia di restoran makanan segera.

“Saya juga telah menemui Goblin dan saya juga dapat melihat pedang di dadanya. Adakah dia bakal menjadi suami saya?,” tulisnya yang mengikut skrip dalam drama Goblin seperti dilaporkan Koreaboo.

Sumber: Astro Gempak

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top