Wajah Mirip Mira Filzah, Gadis Sabah Ini Jadi Perhatian
Buletin

Wajah Mirip Mira Filzah, Gadis Sabah Ini Jadi Perhatian

Baru-baru ini, seorang gadis dari Keningau, Sabah menjadi bualan ramai kerana wajahnya dikatakan mirip selebriti popular Malaysia dan luar negara.

Gadis tersebut dikenai sebagai Tracie Sinidol, 16, bukan sahaja menjadi tumpuan di laman sosial malah sudah mula ‘dilamar’ oleh beberapa syarikat produksi yang memberi tawaran untuk menjadi model.

Wajah gadis ini mempunyai rupa paras mirip selebriti terkenal Mira Filzah, Diana Daniele serta model China, Angela Baby.

Menurut empunya badan, dia mengakui terkejut apabila beberapa keping gambarnya menjadi bualan seluruh negara.

Tracie yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keningau berkata, dia menyedari perkara itu selepas dimaklumkan oleh rakannya Khamis minggu lalu.

“Sebelum ini tidak ada sesiapa yang mengaitkan wajah saya dengan mana-mana artis sehingga gambar saya menjadi tular dan dikatakan mirip dengan Mira Filzah,”katanya seperti dipetik dari

Menurut Tracie, dia masih dalam proses mempertimbangkan tawaran untuk menjadi model kerana belum bersedia serta mahu menumpukan sepenuhnya pada pelajaran.

Katanya, banyak cabaran yang perlu ditempuhi apabila menceburi bidang peragaan dan khuatir tidak dapat membahagikan masa dengan pelajaran.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top