Wanita Pengsan Selepas Terpatahkan Gelang Jed RM200,000
Buletin

Wanita Pengsan Selepas Terpatahkan Gelang Jed RM200,000

Ramai daripada anda yang gemar mencuba barangan yang dijual di kedai, walaupun tidak berniat untuk membelinya.

Insiden yang terjadi baru-baru ini mungkin membuatkan anda berfikir berkali-kali untuk berbuat demikian, apa lagi jika harga barangan yang mudah pecah atau rosak itu mencecah angka ribuan ringgit.

Seorang pelancong wanita di China, jatuh pengsan selepas secara tidak sengaja mematahkan sebentuk gelang jed, selepas mencubanya.

Wanita yang identitinya tidak didedahkan itu, pengsan apabila menyedari gelang tersebut berharga 300,000 yuan (RM190,000)!

Menurut laporan portal CGTN, kejadian berlaku ketika wanita itu mengunjungi pasar Jed Ruili Jiegao di wilayah Yunnan.

Dia kemudiannya mencuba gelang jed berkenaan dan ketika gelang itu ditanggalkan, ia terlepas dari genggaman dan jatuh ke lantai. Akibatnya, gelang itu patah dua.

Nilai dan harga gelang itu disahkan melalui satu sijil yang dikeluarkan oleh Ruili Gem and Jade Association, dan disokong oleh Pentadbiran Industri dan Perdagangan Ruili.

Pihak kedai itu kini dilaporkan sedang membincangkan cara terbaik untuk wanita itu membayar ganti rugi gelang tersebut.

Sumber: Astro Awani

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top